Hamas sedia bentuk kerajaan campuran
GAZA: Biarpun saling bermusuh, namun kumpulan pejuang Hamas yang diramal menang pada pilihan raya Parlimen Palestin diadakan hari ini bersedia membentuk kerajaan campuran dengan parti pemerintah Fatah.
Kempen pilihan raya Palestin berakhir kelmarin dan tinjauan awal menunjukkan Hamas berpeluang menang. Namun pemerhati politik percaya tiada pihak akan meraih 67 daripada 132 kerusi untuk kemenangan majoriti.
Senario itu membuatkan Israel, Amerika Syarikat dan Eropah kini sedang menangani kemungkinan apa bakal berlaku jika Hamas menang besar.
Pegawai Hamas berkata mereka akan membenarkan Mahmoud Abbas memimpin kerajaan dan terus bekerjasama dengan regim Yahudi tetapi akan menguasai Kabinet Palestin sekali gus menamatkan kebimbangan Israel.
“Kami akan memperbetulkan dasarnya. Kami juga akan menyokong demi kepentingan rakyat Palestin,” kata pemimpin terkemuka Hamas, Ghazi Hamad yang bertanding di Gaza.
Ketika ini, poster pilihan raya menguasai tembok dan tiang elektrik di seluruh Gaza dan Tebing Barat.
“Jangan benarkan sesiapa rosakkan imej anda. Adalah tidak mengaibkan kalau kita berbincang. Namun memalukan kalau kita mengaku kalah,” kata calon Fatah, Samir Masharawi kepada penyokongnya.
Calon Fatah turut menggunakan pengaruh bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat untuk memenangi hati pengundi. – AP

0 Comments:
Post a Comment
<< Home