Luar Negara

Rakyat Palestin Dilarang Mengundi

BAITULMAQDIS 21 Dis. - Israel akan menghalang rakyat Palestin di Baitulmaqdis daripada mengundi dalam pilihan raya Parlimen Palestin pada 25 Januari ini, kata seorang pegawai kanan Israel.

Dalam pilihan raya Palestin yang pernah diadakan sebelum ini, rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis mengundi melalui pos.

Kertas undi itu kemudiannya dihantar ke pejabat pos Baitulmaqdis atau memandu ke pusat-pusat pengundian di kawasan-kawasan pinggir Tebing Barat yang berhampiran.

Kali ini, kata pegawai kanan Israel itu, pengundian tidak akan diadakan di negara ini walaupun melalui pejabat pos.

Menurut seorang pegawai Israel yang enggan memberitahu namanya berkata, Israel tidak mahu memberi peluang kepada puak militan Hamas untuk mengambil alih kuasa.

Hamas merupakan pencabar utama terhadap pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas. - AP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home