Luar Negara

Maklumat Risikan Perang Vietnam Juga Dimanipulasi

WASHINGTON 2 Dis. - Ketika dunia masih segar dengan pendedahan White House memesongkan maklumat untuk menceroboh Iraq, perkembangan terbaru menunjukkan tindakan yang sama pernah diambil empat dekad lalu di Vietnam Utara.

Agensi perisikan utama Amerika Syarikat (AS) mengubah status data-data yang menunjukkan ejen-ejennya telah memutarbelitkan maklumat risikan bagi hujahnya berhubung serangan komunis ke atas kapal AS pada tahun 1964, insiden yang membawa kepada kemuncak Perang Vietnam.

Ia terbongkar ekoran pengakuan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) bahawa kegagalan dalam usaha untuk mempertahankan kerahsiaan rencana `hangat', yang diterbitkan pada tahun 2001 dalam jurnal dalaman.

Pegawai-pegawai NSA bimbang penemuaan itu boleh mencetuskan perbandingan dengan pendirian pentadbiran Presiden George W. Bush yang didakwa telah memesongkan maklumat risikan untuk menceroboh Iraq pada tahun 2003.

Bush kini berhadapan dengan tekanan daripada pelbagai pihak di AS termasuk parti Demokrat berhubung dakwaan memesongan maklumat risikan untuk menyerang Iraq.

Rencana yang ditulis oleh ahli sejarah NSA, Robert Hanyok itu adalah berdasarkan isyarat-isyarat risikan atau dikenali sebagai SIGINT, merumuskan apa yang ahli-ahli sejarah telah lama merumuskan bahawa tiada serangan kedua daripada bot-bot torpedo ke atas kapal-kapal perang pemusnah AS pada 4 Ogos 1964.

Presiden Lyndon B. Johnson menggunakan alasan serangan kedua itu, yang berlaku dua hari selepas serangan awal yang memang telah disahkan, untuk menghujah keperluan membalas serangan ke atas Vietnam Utara.

Kongre AS telah diminta kebenaran untuk bertindak dengan bebas di Vietnam.

Keputusan itu telah membawa peperangan buruk di antara AS dan Vietnam Utara yang menyebabkan kematian 58,000 askar AS, tiga juta rakyat Vietnam dan menyebabkan keadaan yang amat menakutkan bagi kedua-dua negara selepas beberapa dekad.

Rencana Hanyok merumuskan sama ada Johnson ataupun Setiausaha Pertahanannya, Robert McNamara secara peribadi terlibat dalam memanipulasikan maklumat risikan berkaitan kejadian itu dan mempercayai ia tulen.

Rencana bertajuk Skunks, Bogies, Silent Hounds, and the Flying Fish, the Gulf of Tonkin Mystery juga merumuskan, pegawai-pegawai NSA di peringkat pertengahan telah membekalkan maklumat kepada pemimpin ketenteraan dan politik dengan maklumat-maklumat yang terpesong berhubung serangan itu.

"Dua penemuan mengejutkan muncul daripada penyelidikan baru. Pertama, tidak terdapat cerita yang berbeza dengan apa yang telah berlaku. Kedua, tiada serangan berlaku pada malam tersebut," jelas rencana tersebut. - AFP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home