Luar Negara

Bush Tolak Gesaan Tentera AS Di Iraq Ditarik Segera

WASHINGTON 19 Nov. - Gesaan wakil Demokrat supaya tentera Amerika Syarikat (AS) ditarik keluar dengan segera ditolak bulat-bulat oleh Dewan Perwakilan dan Presiden George W. Bush hari ini.

Dalam ucapannya kepada tentera AS dari Pangkalan Udara Osan, Korea Selatan hari ini, Bush berkata: ``Di Washington ada pihak yang mengatakan pengorbanan terlalu besar dan mereka menggesa supaya kita menetapkan tarikh untuk menarik keluar sebelum kita melengkapkan misi.

``Siapa yang terlibat dalam peperangan, mereka yang lebih tahu hal ini,'' katanya.

Selepas menghadiri sesi akhir Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, Bush akan bertolak ke Osan dan kemudian ke Beijing untuk menemui Presiden China, Hu Jintao.

Bush memetik Komander AS di Iraq, Maj. Jen. William Webster yang menyifatkan tindakan menetapkan tarikh untuk penarikan keluar sebagai `resipi untuk malapetaka.'

Dalam pada itu, Dewan Perwakilan AS menolak desakan supaya tentera negara itu di Iraq ditarik dengan segera dengan undi besar, usaha yang digerakkan oleh Republikan yang didakwa bertujuan untuk menggagalkannya perbahasan dengan segera.

Wakil Demokrat mempersendakan tindakan itu sebagai satu lagak.

``Tentera kita telah menjadi musuh. Kita perlu mengubah haluan di Iraq,'' kata John Murtha dari Pennsylvania, yang gesaannya kelmarin mencetuskan perbahasan hangat dan kritikan peribadi berhubung peperangan.

Dewan Perwakilan mengundi 403-3 untuk menolak usul yang tidak terikat itu semalam.

``Kita hendak memastikan bahawa kita menyokong anggota kita yang berjuang di Iraq dan Afghanistan. Kita tidak akan menarik diri,'' kata Speaker Dennis Hastert ketika wakil-wakil Republikan meminta diadakan pengundian membantah Demokrat.

Ia merupakan kali kedua dalam seminggu dasar Bush mengenai peperangan di Iraq mencetuskan perdebatan hangat di Kongres.

Pada Selasa lalu, Dewan Senat menolak permintaan Demokrat supaya Bush menggariskan jadual penarikan keluar tentera dari Iraq. - Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home