Luar Negara

Israel Disyaki Dalang Serangan Bom Di Jordan

AMMAN: Serangan bom ke atas ke atas tiga hotel mewah Barat di Jordan Rabu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh didakwa dilakukan ejen perisik Israel yang mahu membunuh ketua perisikan Palestin.

Serangan yang digembar-gembur dilakukan oleh kumpulan Musab al-Zarqawi yang identitinya masih samar dan dikatakan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu, turut mengakibatkan lebih 100 terbunuh.

Akhbar Amerika Syarikat, Los Angeles Times baru-baru ini melaporkan, sebelum letupan berlaku, badan perisikan Israel, Mossad, mengeluarkan amaran kepada Zionis supaya meninggalkan Jordan.

Akhbar itu memetik bekas pegawai kanan antikeganasan Israel, Amos N Guiro sebagai berkata, sumber di Israel memaklumkan kepada beliau mengenai arahan supaya semua rakyat Israel meninggalkan lokasi sasaran.

Dalam serangan berkenaan, Ketua Perisikan Tentera Israel, Mejar Jeneral Bashir Nafeh dan Jihad Fattouh, adik kepada Speaker Parlimen Palestin, terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Palestin dari Mesir, kata pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat.

Bagaimanapun, kebanyakan pelancong Barat yang dikatakan menjadi sasaran serangan kumpulan pejuang Iraq itu, terselamat dalam letupan itu.

Akhbar Yahudi di Israel, Haaretz, turut melaporkan, semua rakyat Israel di Hotel Radisson dipindahkan sebelum serangan berlaku dan diiringi pulang ke Israel atas alasan ancaman keselamatan khusus.

Haaretz turut memetik kenyataan Guiro yang kini menjadi Ketua Institut Undang-Undang dan Dasar Keselamatan, Universiti Case Western Reserve, Cleveland sebagai berkata, kebiasaannya apabila Mossad mensasarkan seseorang, mereka akan memberi amaran awal kepada Yahudi supaya keluar dari lokasi sasaran.

Bagaimanapun, LA Times melaporkan, Haaretz kemudian menarik balik laporan ini tetapi Times bertegas mempertahankan laporannya dengan menyatakan Guiora mendapat maklumat bebas mengenai perkara itu. – Agensi

Semalam, agensi berita arus perdana dunia menyiarkan soal siasat ke atas rakyat Iraq Sajida Mubarak al-Rishawi, 35, yang mengakui beliau bersama suaminya serta beberapa yang lain melakukan serangan ke atas Jordan dalam operasi kumpulan pejuang Iraq di bawah pimpinan Zarqawi. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home