Luar Negara

Askar Amerika Mengaku Salah

BAGHDAD: Lima anggota renjer tentera Amerika Syarikat yang menghadapi mahkamah tentera berhubung tuduhan menyeksa banduan di Iraq, mengaku salah dan dikenakan hukuman penjara antara 30 hari dan enam bulan.

Tentera AS semalam menyatakan, dua anggota tentera dipecat kerana berkelakuan buruk berhubung hasil siasatan yang dijalankan berhubung tuduhan penyeksaan banduan pada 7 September lalu.

Ia menyatakan, keputusan perbicaraan mahkamah tentera itu tamat antara 8 dan 13 Disember lalu.

Pada November lalu, tentera menyatakan lima tentera itu didakwa menumbuk dan menyepak banduan Iraq serta membelasah mereka menggunakan batang penyapu di Baghdad pada 7 September ketika menahan serta mengangkut tahanan itu ke penjara. ?Reuters

0 Comments:

Post a Comment

<< Home