Luar Negara

Penduduk Palestin Gagalkan Usaha Ganas Yahudi Sekat Laluan Ke Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 29 Okt (Berita Minggu) - Tentera Israel menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menghalang beratus-ratus penduduk Palestin daripada menunaikan solat atau menghampiri Masjidil Aqsa, kelmarin, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Pemberita Wafa melaporkan, tentera Yahudi turut mendirikan berpuluh-puluh sekatan sekatan serta pos pemeriksaan di seluruh bandar di timur Baitulmaqdis itu untuk menghalang penduduk Palestin menunaikan solat di al-Aqsa.

“Beribu-ribu tentera dan polis Israel turut menyerang mereka yang cuba untuk bersembahyang di pintu masuk masjid itu,” kata pemberita itu sambil menegaskan tentera Israel turut menggunakan kekerasan bagi menghalang jemaah masuk ke Baitulmaqdis.

Meskipun pelbagai sekatan itu, 200,000 penduduk Islam berjaya memasuki al-Aqsa serta menunaikan solat berhampiran Masjid Kubah Batu atau Masjid Omar, tempat Nabi Muhammad naik ke langit dalam kejadian Israk Mikraj.

Berpuluh-puluh ribu penduduk Islam menunaikan solat di pekarangan al-Aqsa meskipun tentera Israel melarang penduduk yang berusia 45 tahun ke bawah memasuki kompleks suci itu.

Di utara Baitulmaqdis, polis Yahudi melepaskan bom renjatan selepas 5,000 penduduk Palestin yang menunggu melontar batu ke arah mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home