Luar Negara

Update From Pakistan!

  1. “Base kami di Balakot, kawasan yang paling teruk terlibat dengan gempa bumi!. Kami bersama dengan PIMA dan Yayasan al-Khidmat Pakistan. Suhu di sini tengahari 20C° dan Petang, Malam, Subuh 8C°, sejuuukkk! Perjalanan 11 jam dari Lahore. Keselamatan dijaga oleh tentera Pakistan. Hanya NGO Arab dan Jepun yang sanggup di sini.!"
  2. "Kami baru lalu bandar yg hancurrr... Ya Allahhh... Bau mayat, lalu atas sungai, jalan pecah... Hanya Allah yg tahu. Lokal time 11.15mlm. Sekarang depan ribuan khemah. Laporan Jamal from Balakot, Pakistan. - 18 Okt 2005, 1.19am”
  3. "Tlg call 2nd Team, kalau dtg ke Pakistan, kami kurang doktor, mangsa terlalu ramai, pesan juga bawa stokin tebal, sarung tangan n sarung kepala, kopi, baju panas tebal, seluar tebal, sbb suhu bawah 10 C."
  4. “Kami nangis bila anda bagi derma! Kami tunaikan amanah anda wlu pun perit, susah dan b’risiko”

Demikian antara SMS yang diterima dari Team Bantuan 1 yang telah berada di Balakot, Pakistan. Pada hari kedua misi bantuan telah bergerak menaiki gunung yang tinggi. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Di atas gunung didapati lebih 500 orang tercedera. Team Bantuan terpaksa turun semula kerana kesejukan dan tidak sempat merawat semua pesakit.

www.amalmalaysia.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home