Luar Negara

Pasukan Peninjau Bantuan PAS Berada Di Islamabad

ISLAMABAD, 17 Okt (Hrkh) - Pasukan peninjau bantaun PAS sudah berjaya menetapkan kawasan yang bakal diberikan khidmat oleh Misi Kemanusiaan PAS bagi membantu mangsa gempa bumi di Pakistan. Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad telah berada di Islamabad 15 Oktober lalu selepas tiba di Karachi, Pakistan pada paginya.
`
Kedua-dua ditugaskan menentukan kawasan yang bakal diberikan khidmat oleh pasukan Sukarelawan PAS yang bertolak semalam.
`
Semalam, 10 anggota yang terdiri dari tujuh doktor perubatan, seorang paramedik, seorang jurutera dan seorang guru agama berlepas ke Karachi bagi memulakan bantuan kepada mangsa gempa di Pakistan, Afghanistan dan India.
`
Mereka dijangka akan berpusat di Islamabad dan bergerak dengan kerjasama Al Khidmat, sebuah NGO Islam di Pakistan.
`
Pasukan pertama ini akan berada di Pakistan sehingga 24 Oktober manakala pasukan kedua akan berlepas ke Pakistan 25 Oktober.
`
Mereka dijangka akan berada di sana sehingga 1 November sebelum pasukan seterusnya tiba.
`
Sebelum ini, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memaklumkan akan menghantar pasukan Misi Kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi di Pakistan, Afghanistan dan India.
`
Orang ramai boleh menghulurkan bantuan untuk mangsa gempabumi ini melalui tabung mangsa gempa bumi PAS dengan cara memasukkan terus ke akaun PARTI ISLAM SEMALAYSIA akaun nombor 564070703248 Maybank.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home